Dari mata turun ke hati, begitu ia bermula. Asalnya saling mencintai, ia kemudian membawa ke mahligai rumah tangga,
Namun, kebanyakan wanita yang sudah berumah tangga mula berasa institusi perkahwinan goyah selepas kelahiran cahaya mata masing-masing.
Segalanya bergantung kepada satu faktor penting untuk mengekalkan kemesraan di ruang kamar - keyakinan diri.
Apabila direnung diri di depan cermin, pasti ada yang tidak kena. Sama ada pinggang dan pinggul besar, kulit tidak cukup gebu mahupun payudara yang tidak memuaskan. Lantas, ini mengikis keyakinan diri di kalangan wanita.
Wanita yang berasa diri kurang menawan biasanya bimbang suami mencari orang baru atau ada syak wasangka apabila kasih mulai pudar.
Perasaan syak itu pasti mengundang rasa cemas, bimbang, takut, sedih dan lama-kelamaan hilang kepercayaan terhadap suami.
Perlukah sampai ke tahap getir seperti itu hanya gara-gara syak wasangka mahupun tiada keyakinan diri?
Persoalannya, bagaimana membentuk keyakinan diri? Sudah tentu, penjagaan dalaman dan luaran memainkan peranan sangat penting bukan saja untuk isteri, malah untuk wanita bujang dan berkerjaya.
Untuk isteri, penampilan diri nyata elemen terpenting bagi menyemarakkan kasih suami. Malangnya, ramai wanita sudah berkahwin sering mengabaikan cara pemakaian atau bentuk badan.
Sikap memperlekeh penampilan diri mungkin boleh mengundang bahaya kerana siapa saja cenderung menyukai sesuatu yang cantik, begitu juga dengan lelaki.
Bagi wanita yang sudah melahirkan anak, ketika tempoh berpantang, pelbagai ramuan herba tradisional diamalkan namun jangan hanya asyik menjaga badan ketika tempoh berpantang.
Bahkan, penjagaan penampilan seharusnya berterusan untuk membangkitkan keyakinan diri sama ada untuk si suami atau kerjaya.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, pasti ada cara untuk wanita mengembalikan keyakinan diri menerusi penampilan diri..
Isnin, 5 Oktober 2009
[BELL] Darimata Turun Ke hati........
Label:Pengurusan,Sejarah,Arkib Bell,Gambar
Arkib ukilan hati bell,
motivasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan