04 Oktober, 2009 TOLONG TENGOK......BELL DAN RAKAN.......
NAJAH Abdulgabbar Ahmed Almugahed (dua dari kanan), Raja Mahzan Shah Mazlin (kanan), Abdul Rashid Abdul Aziz (kiri) dan Yenny Puspita selepas Majlis Konvokesyen Ke-22 di UUM Sintok, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
SINTOK 3 Okt. - Seorang anak penarik beca dari Palembang, Indonesia yang menerima Ijazah Sarjana pada Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) Ke-22 hari ini menyifatkan kejayaannya itu sebagai bukti bahawa semua insan mampu mendapat pendidikan tertinggi.
Yenny Puspita, 24, berkata, asalkan seseorang itu sanggup berusaha dengan ikhlas untuk mendapatkan ilmu, segala ranjau dan keperitan akan dapat diatasi yang kemudiannya dibalas dengan kejayaan.
Katanya, segala ilmu yang diperoleh semasa menuntut di UUM akan dipergunakan sebaik mungkin supaya dia dapat berbakti kepada keluarganya sekali gus mengubah kehidupan mereka di sana.
''Walaupun ayah bekerja sebagai penarik beca yang mempunyai pendapatan tidak menentu, kami sekeluarga tidak pernah rasa susah.
''Keluarga sentiasa memberikan dorongan dan semangat untuk memastikan saya berjaya," katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah sarjana dalam bidang kewangan pada majlis konvokesyen berkenaan hari ini.
Anak kelima daripada enam beradik itu merupakan salah seorang antara 12 pelajar tajaan Yayasan Sriwijaya, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Palembang, Indonesia yang terlibat dalam majlis konvokesyen tersebut.
Dalam pada itu, penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Abdul Rashid Abdul Aziz, 26, pula memberitahu, dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi kerana memegang kata-kata arwah bapanya bahawa ilmu adalah aset terpenting dalam hidup.
Kata pemegang Ijazah Sarjana Sains (Kaunseling) itu, meskipun sedih kerana kejayaan tersebut tidak dapat dikongsi bersama arwah bapanya, Abdul Aziz Ahmad, hasrat bapanya itu sekurang-kurangnya telah dapat ditunaikan dengan baik.
"Walaupun bapa tiada di sisi saya pada hari ini, saya masih boleh berkongsi kejayaan ini bersama-sama ahli keluarga lain dan rakan-rakan," katanya yang kehilangan bapa sejak lapan tahun lalu.
Bagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Raja Mahzan Shah Mazlin, 23, pula, kejayaannya itu diharapkan dapat menjadi pencetus semangat kepada lapan lagi adiknya.
Pada konvokesyen UUM ke-22 itu juga, buat pertama kalinya anugerah tertinggi iaitu Pingat Emas Canselor dimiliki oleh pelajar luar negara berasal dari Yaman, Najah Abdulgabbar Ahmed Almugahed, 24, yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Isnin, 5 Oktober 2009
[Hangnadim]Anak penarik beca dari Palembang, Indonesia
Label:Pengurusan,Sejarah,Arkib Bell,Gambar
Arkib ukilan hati bell,
motivasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan