Ahad, 12 Jun 2011

[hang nadim] Kategori - Kategori Ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia.....

Ahli Biasa.
Ahli Bersekutu.
Ahli Seumur Hidup.
Ahli Kehormat.
Ahli Gabungan.

Ahli Biasa:
Terdiri dari semua Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang berkaitan seperti berikut :-
Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia.
Bekas Anggota Polis Tambahan (EPC ) , termasuk Bekas Anggota Pasukan Pengakap Sempadan , Skuad Hutan , Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq.
Bekas Anggota Polis Khas (SC)
Bekas Anggota Polis Bantuan (AP) termasuk Pasukan Kawalan Kampung (HG) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmat di antara tahun 1948 hingga tahun 1963.
Bekas Anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) .
Bekas Anggota Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas (12) bulan Pasukan itu , sebelum tarikh 8 Ogos , 1965 , bermaustautin dan menjadi Warganegara Malaysia.

Ahli Bersekutu:
Terdiri dari semua permaustautin dan menjadi Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada (21) tahun seperti berikut : -

Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan dalam Pasukan itu selepas tarikh 8 Ogos 1965.
Bekas Anggota Polis Di Raja Brunei Darul Salam yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang dari dua belas (12) bulan dalam Pasuksan itu.
Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti Fasal 6.2 di atas.
Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis seperti yang ternyata dalam Fasal 6.2 di atas.
Isteri , Suami , atau Anak kepada Bekas Anggota Polis yang telah menjadi Ahli di bawah Fasal 6.2. di atas sahaja.
Ahli Seumur Hidup:
Terdiri dari semua yang telah menjadi atau layak menjadi Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu , mengikut kategori masing-masing , yang dilulus dan dipersetujui oleh Persatuan , dan yang telah membayar yuran mengikut peruntukan tertentu Fasal 10.

Ahli Kehormat:
Terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik , yang telah banyak membuat jasa kepada Pasukan Polis Di Raja Malaysia , PBPM , Masyarakat , Negeri atau Negara . Mereka ini boleh dipelawa menjadi Ahli Kehormat tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Majlis Tertinggi . Kemasukan mereka ini tidak dikenakan apa-apa bayaran . Ibu Pejabat Pusat akan mengeluarkan surat pengesahan atas keahliannya Majlis Tertinggi juga berkuasa mengkaji dan membuat sebarang keputusan kepada keahliannya dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan .

Ahli Gabungan:
Terdiri dari Persatuan – Persatuan yang berdaftar di dalam atau luar Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan