Isnin, 5 September 2011

[hang nadim] menyalahgunakan nama persatuan itu sejak tahun 2007.....

SHAFIE BAKRI
PRESIDEN PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA

ARKIB

PULAU PINANG 17 Feb. - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Pulau Pinang hari ini mendedahkan kira- kira 80 peratus daripada 4,500 ahlinya ditipu satu sindiket yang menyalahgunakan nama persatuan itu sejak tahun 2007.

Setiausahanya, Ahmad Fauzi Abdullah berkata, sindiket itu mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada ahli untuk mendapatkan kad keahlian setiap tahun.

Ini berbeza dengan dasar persatuan itu yang mengenakan jumlah yang sama untuk pendaftaran dan kad keahlian seumur hidup.

Malah, katanya, sindiket itu turut menggunakan nama persatuan untuk memungut derma bagi membantu ahli yang kurang bernasib baik daripada individu serta syarikat.

Kejadian terbaru penipuan sindiket itu dikesan berlaku pada bulan lepas.

''Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada sebuah kilang di Seberang Perai untuk mendapatkan pengesahan sama ada persatuan ada meminta derma berupa kerusi roda atau tidak.

''Ingin ditegaskan di sini bahawa PBPM Pulau Pinang tidak pernah meminta sumbangan barangan seperti itu kerana kami mempunyai Tabung Amanah Warisan Polis yang dikhaskan untuk membantu ahli.

''Sebaliknya, jika ada individu atau syarikat yang mahu menghulurkan derma, persatuan amat mengalu-alukannya,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBPM negeri di sini hari ini.

Menurutnya, persatuan itu tidak mahu ahli persatuan yang rata-ratanya sudah berusia menjadi mangsa penipuan sindiket yang tidak bertanggungjawab.

Ahli persatuan itu boleh menghubungi ahli jawatankuasa PBPM negeri iaitu Muhd. Kamal Ismail di talian 019-4525984, S. Muniandy (012- 4757930) atau Chin Choon Sin (012- 4300376).

Mereka boleh menghubungi ketua- ketua cawangan di negeri ini iaitu cawangan Butterworth (Abdul Majid Othman 012-4615233), Bukit Mertajam (Mohd. Basir Abu Bakar 016- 4787099), Nibong Tebal (Eusof Abdullah 012- 5992536) dan Georgetown (Mohd. Yusof Pakeh Mohd. 016-4566864).

Apa-apa Pertanyaan Bagi Persatuan Bekas Polis
Pulau Pinang Boleh Berhubung dengan Hal Ehwal Awam PDRM Daerah Bagi Pengesahan
Apa jua berkaitan dengan Persatuan ini.....

[pbpm] Awas Sindiket Pemungut Derma.....PBPM Tiada Memungut Derma.....

PULAU PINANG 17 Feb. - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Pulau Pinang hari ini mendedahkan kira- kira 80 peratus daripada 4,500 ahlinya ditipu satu sindiket yang menyalahgunakan nama persatuan itu sejak tahun 2007.

Setiausahanya, Ahmad Fauzi Abdullah berkata, sindiket itu mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada ahli untuk mendapatkan kad keahlian setiap tahun.

Ini berbeza dengan dasar persatuan itu yang mengenakan jumlah yang sama untuk pendaftaran dan kad keahlian seumur hidup.

Malah, katanya, sindiket itu turut menggunakan nama persatuan untuk memungut derma bagi membantu ahli yang kurang bernasib baik daripada individu serta syarikat.

Kejadian terbaru penipuan sindiket itu dikesan berlaku pada bulan lepas.

''Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada sebuah kilang di Seberang Perai untuk mendapatkan pengesahan sama ada persatuan ada meminta derma berupa kerusi roda atau tidak.

''Ingin ditegaskan di sini bahawa PBPM Pulau Pinang tidak pernah meminta sumbangan barangan seperti itu kerana kami mempunyai Tabung Amanah Warisan Polis yang dikhaskan untuk membantu ahli.

''Sebaliknya, jika ada individu atau syarikat yang mahu menghulurkan derma, persatuan amat mengalu-alukannya,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBPM negeri di sini hari ini.

Menurutnya, persatuan itu tidak mahu ahli persatuan yang rata-ratanya sudah berusia menjadi mangsa penipuan sindiket yang tidak bertanggungjawab.

Ahli persatuan itu boleh menghubungi ahli jawatankuasa PBPM negeri iaitu Muhd. Kamal Ismail di talian 019-4525984, S. Muniandy (012- 4757930) atau Chin Choon Sin (012- 4300376).

Mereka boleh menghubungi ketua- ketua cawangan di negeri ini iaitu cawangan Butterworth (Abdul Majid Othman 012-4615233), Bukit Mertajam (Mohd. Basir Abu Bakar 016- 4787099), Nibong Tebal (Eusof Abdullah 012- 5992536) dan Georgetown (Mohd. Yusof Pakeh Mohd. 016-4566864).

Ahad, 4 September 2011

[hang nadim] Tiada Maaf Bagimu.....Mat Sabu Perlu Bertaubat.....

4 September 2011: Norazrina Jaafar mendukung anak bongsunya Mohd. Naufal sambil menyiram air mawar di kubur suaminya, Noramfaizul Mohd Nor di Tanah Perkuburan Islam UPM Serdang. Allahyarham jurukamera Bernama TV terkorban ketika membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia. - Utusan/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Guan Eng ulas Mat Sabu...Siapa si Luncai dan siapa pula labu-labu

Oleh Hassan Mohd. Noor
SEMPAT juga penulis berhari raya di kampung walaupun terpaksa bertugas pada hari raya pertama. Seperti biasa, apabila kembali ke Permatang Pauh, banyak cerita menarik, tentunya mengenai politik.

Kebetulan pada hari raya ketiga, ada rumah terbuka wakil rakyat kawasan itu, Anwar Ibrahim (Parlimen Permatang Pauh) dan Mansor Othman (ADUN Penanti). Majlis berlangsung di bilik gerakan pakatan DAP-PKR-Pas berhadapan masjid Kubang Semang. Pada 11 September ini, kira-kira empat kilometer dari situ, akan berlangsung pula Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, juga terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti. Kepada penduduk kawasan itu dan sekitarnya dan mungkin juga di utara, hadirlah beramai-ramai untuk berhari raya bersama-sama Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Cerita yang menjadi bualan di Pulau Pinang tentulah mengenai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Tidak ketinggalan juga kisah jiran kampung penulis, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu. Ada sesetengah orang menggelarnya jurucakap kerajaan DAP Pulau Pinang. Lebih-lebih lagi kedudukan Mat Sabu dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).

Nama Mat Sabu memang menjadi sebutan ramai. Jika dulu ‘ayam sabung’ Pas ini tenggelam seketika selepas tewas bertanding jawatan dalam parti tetapi sejak kemenangannya sebagai orang No.2 dalam Pas, namanya melonjak kembali. Mat Sabu terus ‘mencipta nama’ dengan aksi jatuh motorsikal dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara Julai lalu. Namanya menjadi sebutan lagi dengan beratus laporan polis dibuat terhadapnya berikutan isu mengangkat komunis sebagai hero. Pada masa yang sama, timbul isu caj rawatan bagi merawat kecederaan Mat Sabu akibat menyertai perhimpunan Bersih yang melibatkan wang PBAPP. Begitulah insan popular bernama Mat Sabu yang masih dapat berhari raya dengan meriah walaupun diasak depan, belakang, kiri dan kanan.

Sehingga semalam, isu caj rawatan ini masih belum jelas. Guan Eng selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP belum mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan baik sebaliknya menyifatkan beliau dan Mat Sabu sebagai mangsa fitnah. Malahan beliau sekadar berkata ‘biarkan si Luncai dengan labu-labunya’.

Mungkin hari ini, selepas kembali dari lawatan ke China dan memulakan tugas selepas hari raya, Guan Eng bersedia menjelaskan semuanya sesuai dengan slogan yang dilaung-laungkannya iaitu cekap, akauntabiliti dan telus atau CAT. Eloklah Setiausaha Agung DAP itu merungkai segala persoalan supaya ‘fitnah’ itu ditangkis secara CAT. Apatah lagi beliau sering bercakap mengenai amar makruf nahi mungkar. Guan Eng pun faham bahawa dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Maka sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri, beliau perlu memimpin rakyatnya supaya tidak terlibat dengan fitnah.

Penulis juga tidak tahu apakah menjelaskan secara terperinci mengenai wang PBAPP itu selari dengan CAT atau tidak.

Ramai yang ingin penjelasan yang telus supaya akaun PBAPP diurus dengan cekap dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan cekap memutarkan fakta dan angka.

Ramai juga yang ingin tahu mengenai kelayakan Mat Sabu mendapat rawatan yang dibiayai PBAPP walaupun punca kecederaan itu akibat menyertai perhimpunan haram. Apakah keistimewaannya? Jika layak, adakah PBAPP secara tidak langsung akan didakwa mengiktiraf perhimpunan haram Bersih itu? Jika ya, adakah jika pada masa depan kakitangan PBAPP menyertai mana-mana perhimpunan haram layak membuat tuntutan caj rawatan jika mengalami kecederaan atau harta mereka musnah? Rasanya tidak ada penanggung insurans yang akan membayar pampasan jika pelanggan mereka terlibat dengan aktiviti yang memudaratkan seperti perhimpunan haram itu.

Justeru penjelasan Guan Eng amat dinanti supaya CAT benar-benar diamalkan. Kita tidak boleh membiarkan ‘Si Luncai dengan labu-labunya’ terjun ke dalam laut, lebih bahaya apabila labu-labu itu bocor. Bak kata orang untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Tetapi siapakah si Luncai dan siapa pula labu-labu? Kita tidak mahu isu ini berakhir begitu sahaja atau membiarkan Guan Eng ‘terjun’ dengan Mat Sabu.

Kembali kepada CAT, seorang Melayu yang mendakwa dari negeri itu menghantar e-mel kepada penulis. Antara kandungannya ialah: ‘‘Saya sendiri yang tinggal di Pulau Pinang melihat, rakyat negeri ini kini lebih sejahtera hidup di bawah kepimpinan yang cekap, akauntabiliti dan telus,’’.

Dalam e-mel yang mengulas Selak bertajuk Menang dulu kerusi PRU, baru pakat cerita soal jawatan itu, beliau juga berkata: ‘‘Pada pengamatan saya, setelah lebih tiga tahun Lim Guan Eng cuba diburukkan oleh pihak-pihak tertentu, kepimpinan beliau semakin diterima kebanyakan orang Islam di Pulau Pinang’’.

Tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada orang Islam mana kerana di Pulau Pinang walaupun Islam itu satu tetapi ada orang Islam sokong Pas, UMNO, Kimma, PKR, DAP atau tidak berparti politik.

Ketika di kampung baru-baru ini, seorang rakan memberitahu, dalam ceramah di pekarangan sebuah masjid, pemimpin pembangkang bukan Islam diberi tepukan apabila menghentam UMNO. Tentunya ada orang Islam UMNO tidak suka Guan Eng.

Bukan setakat orang Islam dari UMNO tetapi Kimma atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga tidak senang dengan tindak tanduk Guan Eng ini. Jadi kurang tepat kalau dikatakan kebanyakan orang Islam Pulau Pinang menerima kepimpinan Guan Eng.

Akhirnya dia menulis: ‘‘Saya berasa DAP akan terus menang dalam PRU akan datang di Pulau Pinang dan Lim Guan Englah paling layak untuk kekal menerajui Pulau Pinang,’’.

Penulis setuju dengan kenyataan terakhirnya itu. Memang betul. Dengan sokongan kuat PKR dan Pas, isu Gerakan yang belum ‘bangkit’, sokongan masyarakat Cina terhadap MCA tidak berubah, maka bukan mustahil DAP akan kekal memerintah Pulau Pinang. Lebih parah jika UMNO Pulau Pinang tidak bekerja kuat atau kalut dengan kepimpinan.

Semua sesak selepas hari raya

DALAM perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kelmarin (Sabtu), seperti tahun lalu, penulis sekali lagi terperangkap dalam kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan. Kenderaan bergerak perlahan setiap kali menghampiri kawasan rehat dan rawat serta susur keluar ke plaza tol. Di sesetengah hentian rehat, pengguna lebuh raya beratur panjang untuk ke tandas. Gerai makanan menjadi tumpuan.

Sebelum pulang, penulis sempat menjamu selera di restoran nasi kandar di Bukit Jambul. Di situ juga jammed kerana pelanggan terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Malangnya ada juga yang cuba potong barisan dengan taktik menegur rakan yang ada di hadapan. Nasib baik tidak ada yang kena penendang. Tetapi keadaan ini tentunya lebih baik berbanding di negara lain yang terpaksa berebut untuk mendapatkan makanan. Bersyukurlah!

Isnin, 25 Julai 2011

[hang nadim] AHLI JAWATANKUASA NEGERI DAN KETUA CAWANGAN

Persatuan Bekas Polis Malaysia Pulau Pinang :-

1. Pengerusi Negeri : Hj Abd Aziz Mohd Nor ( Peguam)
2. Setiausaha : Husin Sajari ( Pesara )
3. Ketua Penerangan : Chin Choon Sin ( Pesara )
4. Bendahari Negeri : Hj Mohd Saad B, Saat (Pesara/Petani)

KETUA CAWANGAN

1.Seberang Perai Selatan : Eusope Bin Abdullah ( Pesara)
2.Seberang Perai Tengah : Ahmad Tajudin Zain (Pendaftar Mahkamah)
3.Seberang Perai Utara : Ab Majid Othman ( Pesara/ Fasilitator)
4.Timor Laut : Ahmad Fauzi Abdullah ( Penyelia)
5.Barat Daya : Dlm Urusan Perlantikan (-)
Segala Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh Hubungi Hal Ehwal Awam
dan Ibu Pejabat Polis Daerah

nukilan hati hang nadim
Semua ahli dan bekas Ahli sila kembali kepada persatuan yang
yang diiktiraf oleh Mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan sila buat
Pertanyaan kepada Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Daerah
dan Kontinjen Pulau Pinang.....

Isnin, 13 Jun 2011

Ahad, 12 Jun 2011

[hang nadim] Kategori - Kategori Ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia.....

Ahli Biasa.
Ahli Bersekutu.
Ahli Seumur Hidup.
Ahli Kehormat.
Ahli Gabungan.

Ahli Biasa:
Terdiri dari semua Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang berkaitan seperti berikut :-
Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia.
Bekas Anggota Polis Tambahan (EPC ) , termasuk Bekas Anggota Pasukan Pengakap Sempadan , Skuad Hutan , Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq.
Bekas Anggota Polis Khas (SC)
Bekas Anggota Polis Bantuan (AP) termasuk Pasukan Kawalan Kampung (HG) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmat di antara tahun 1948 hingga tahun 1963.
Bekas Anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) .
Bekas Anggota Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas (12) bulan Pasukan itu , sebelum tarikh 8 Ogos , 1965 , bermaustautin dan menjadi Warganegara Malaysia.

Ahli Bersekutu:
Terdiri dari semua permaustautin dan menjadi Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada (21) tahun seperti berikut : -

Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan dalam Pasukan itu selepas tarikh 8 Ogos 1965.
Bekas Anggota Polis Di Raja Brunei Darul Salam yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang dari dua belas (12) bulan dalam Pasuksan itu.
Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti Fasal 6.2 di atas.
Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis seperti yang ternyata dalam Fasal 6.2 di atas.
Isteri , Suami , atau Anak kepada Bekas Anggota Polis yang telah menjadi Ahli di bawah Fasal 6.2. di atas sahaja.
Ahli Seumur Hidup:
Terdiri dari semua yang telah menjadi atau layak menjadi Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu , mengikut kategori masing-masing , yang dilulus dan dipersetujui oleh Persatuan , dan yang telah membayar yuran mengikut peruntukan tertentu Fasal 10.

Ahli Kehormat:
Terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik , yang telah banyak membuat jasa kepada Pasukan Polis Di Raja Malaysia , PBPM , Masyarakat , Negeri atau Negara . Mereka ini boleh dipelawa menjadi Ahli Kehormat tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Majlis Tertinggi . Kemasukan mereka ini tidak dikenakan apa-apa bayaran . Ibu Pejabat Pusat akan mengeluarkan surat pengesahan atas keahliannya Majlis Tertinggi juga berkuasa mengkaji dan membuat sebarang keputusan kepada keahliannya dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan .

Ahli Gabungan:
Terdiri dari Persatuan – Persatuan yang berdaftar di dalam atau luar Negara.

Jumaat, 11 Februari 2011

[hang nadim] Tubuh 'polis' sendiri dibantah.....

ARKIB : 11/02/2011
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melakukan kesilapan besar jika menyangka penubuhan pasukan keselamatan sendiri mampu menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri berkenaan.

Ini kerana cadangan itu boleh menyebabkan keadaan keselamatan menjadi kelam-kabut apabila ada dua pihak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah dalam satu masa.

Beberapa bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika dihubungi Utusan Malaysia mengatakan, tidak perlu bagi kerajaan Selangor menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri memandangkan tiada keperluan untuk berbuat demikian, malah bakal menimbulkan masalah pada masa depan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tanggungjawab mengawal keselamatan dan mencegah jenayah terletak di bawah bidang kuasa PDRM seperti termaktub dalam undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, selain PDRM, beberapa syarikat kawalan keselamatan swasta turut diberi kuasa untuk mengawal keselamatan tetapi bidang kuasa mereka terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

"Selain PDRM dan syarikat kawalan keselamatan swasta, tiada pihak lain diberi kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah.

"Sekiranya kerajaan Selangor mahu menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri, ia dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan keselamatan bertambah kelam-kabut apabila ada dua pihak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bertindan," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor memohon untuk menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri itu.

Beberapa akhbar dan portal berita sebelum ini melaporkan hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memohon untuk menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri kerana mengikut dakwaannya kadar jenayah di negeri itu semakin meningkat.

Khalid dalam kenyataan medianya kelmarin mendakwa telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon supaya penubuhan pasukan polis tambahan itu dipertimbangkan.

Mengulas lanjut, Musa berkata, penubuhan pasukan keselamatan sendiri bukanlah jalan penyelesaian untuk menangani isu jenayah sebaliknya kerajaan negeri perlu ikhlas bekerjasama dan memberi sokongan kepada polis untuk membendung masalah tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan turut mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor kerana ketika ini rakyat di negeri itu menikmati kehidupan aman apabila bebas keluar rumah pada setiap hari.

"Apakah agenda kerajaan Selangor mahu menubuhkan pasukan keselamatan sendiri?. Adakah keadaan keselamatan di negeri itu betul-betul bergolak?.

"Saya sendiri menetap di Shah Alam, Selangor. Setiap hari, saya bebas keluar rumah dan tidak melihat kegiatan jenayah berlaku dengan berleluasa," ujarnya.

Menurut Dell Akhbar, sebagai bekas pegawai kanan polis, beliau tahu bagaimana komited pasukan keselamatan itu menjaga keselamatan orang awam sehingga negara berjaya mengekalkan keamanan sehingga kini.

Justeru, tegasnya, rakyat harus yakin terhadap keupayaan PDRM, apatah lagi PDRM melalui kerajaan Pusat sentiasa menambah baik langkah-langkah pencegahan jenayah termasuk mengikut cara kerja inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan penambahan keanggotaan.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Mat Desa mendakwa, kerajaan Selangor sengaja mengemukakan permohonan mahu menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri sebagai gimik politik bertujuan menutup kelemahan sendiri.

"Ia hanya gimik politik (kerajaan Selangor). Tujuannya hanya mahu menjatuhkan reputasi PDRM kononnya pasukan keselamatan di bawah kerajaan Pusat gagal melaksanakan tanggungjawab mencegah jenayah dan menjaga keselamatan rakyat.

"Selama ini, PDRM cukup cemerlang dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara termasuk negeri Selangor. Ini terbukti apabila ramai orang berhijrah untuk tinggal di negeri ini, manakala rumah dan peluang pekerjaan bertambah," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Terengganu turut mempersoalkan apa kelebihan negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain sehingga perlu mempunyai pasukan keselamatan sendiri.

Tambahnya, jika Selangor diberi keistimewaan tersebut, tidak hairan langkah itu menjadi ikutan negeri-negeri lain dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana kelam-kabut apabila setiap negeri mempunyai pasukan polis sendiri

Tubuh 'polis' sendiri dibantah